Salam..setelah sekian lama x menulis di blog ni..hari ni hati trasa ingin mencoretkan sesuatu..

29 september..aku pilih tarikh 2 sebagai tajuk ada sebabnya..hari itulah yang aku nantikan selama ini..untuk ku ingati..tp malangnya..esok..tatkala ia menjelma..ia sudah tidak akan bermakna lagi..cuma hanya akan mendatangkan sepi di hati ini..

Tapi aku pasrah..semua yang terjadi telah tertulis di Lauh MahfuzNya. Setiap pertemuan, hidup dan matimu..rezekimu..setiap kejadian..dan setiap perpisahan..walaupun kita sering merasakannya sebagai satu kebetulan. Aku pernah menulis di blog ini..bahawa Dia lebih mengetahui..maka, aku yakini sudah pasti Dia lebih mengetahui kenapa perpisahan ini terjadi. Innalillah..hi wa inna ilaihi rajiun..semoga Allah menghadirkan untukku gantian yang lebih baik daripadanya. Ya Allah..hadirkanlah kekuatan untukku menghadapi kegalauan hatiku ini..

Comments 1 Comment »

Okeh..memandangkan aku ada masa terluang sekarang jadi hari ni aku bagi lagi 1 resepi iaitu PUDING COCKTAIL. Yang ni memang selalu aku buat sepanjang aku kat Unimas..dah banyak kali dah..sama ada sebab aku sendiri nak makan @ di atas permintaan kawan2 @ untuk dibawa ke majlis jamuan persatuan..hehe. Yang aku bagi ni..kalau dibuat memang banyak, ramai gak la bleh makan. Jadi pastikan periuk yang digunakan 2 agak besar ye..

Bahan-bahannya:

  • 40 gram agar-agar
  • 7 gelas @2.1 liter air (biasanya guna gelas 300mL..agak2 la kalau mug yang saiz biasa 2 ade la tinggal lagi seruas jari x penuh ..)
  • 1 suku gelas gula..(guna gelas yang sama saiz ngn gelas yang digunakan untuk sukat air)
  • 1 tin laici (untuk diambil airnya sahaja..laicinya bleh jugak kalu nak masukkan slaki..tapi x masuk pon xpe)
  • 1 tin fruit cocktail (diambil buah2nya sahaja..jangan ambil air fruit cocktail..masam plak karang pudingnya)
  • 1 tin susu cair (setelah dieksperimen..lagi sedap guna susu cair F&N..aromanya nanti..best woo..huhu..)

Cara nak buat:

  • Basuh agar-agar..rendam jap. Pastu buang air rendaman.
  • Masukkan air seperti yang telah disukat. Jerang kat dapur..sampai agar-agar cair semua.
  • Setelah agar-agar dah cair, masukkan gula.
  • Masukkan susu cair, air laici..jangan lupa kacau sentiasa ye..
  • Bila dah mendidih, sediakan bekas-bekas untuk sejukkan puding. Masukkan buah2 cocktail dalam bekas2 tadi..
  • Tuangkan puding tadi ke dalam bekas-bekas yang telah disediakan untuk disejukkan.
  • Bila dah sejuk boleh potong..makan..nyam2..hehe

Comments 5 Comments »

Memandangkan selalu saja ada kawan2 yang minta resepi2 dari aku, maka dengan ini, aku wujudkan kategori baru kat blog aku nih..senang sket..x la duk ulang menaip benda yang sama berkali2..betul x? hehe..

Untuk permulaan, aku nak kongsi resepi cupcakes..ini adalah resepi asas bagi cupcakes. Resepi cupcakes ada banyak versi..tapi yang ni adalah yang biasa aku buat. Aku bagi resepi basic ni supaya korang bleh lebih creative cuba menghasilkan kek2 yang pelbagai. So sape2 yang berminat bleh la cuba..pastu jangan lupe bg feedback kat aku ye..

Bahan-bahannya:

  • 250g mentega (kata mak, nak lagi best campurkan mentega+marjerin)
  • 250g tepung gandum + 1 sudu besar baking powder (tepung and baking powder campur dua2 ni and diayak..nak lagi senang bli je tepung yang dah siap campur dengan serbuk penaik)
  • 200g gula halus (x payah bli gula halus/ gula icing..amek je gula pasir kasar, pastu kisar je..jadi la gula halus..hehe)
  • 50ml susu segar (kadang2 aku guna 60 ml..xde beza sgt pon..)
  • 1 sudu esen vanila (bleh tuka yang lain gak..kl nk wat kek oren,gne esen perisa oren..up 2 u la..kl nk wat kek coklat, gne 2 sudu choc emulco)
  • 5 biji telur (amek semua putih dan kuningnya)

cara nk buat:

  1. pukul mentega dan gula sampai kembang.
  2. then masukkan telur, susu, dan tepung..bergilir2 sambil kaup n balikkan smp adunan dh sebati
  3. masukkan esen..kaup blk lgĀ  (p/s:kl nk masukkan bhn tmbahan pn bleh..cthnye coklat chip/cornflakes ke/carrot parut/ walnut ke..yang aku biasa buat aku masukkan cornflakes yang dikisar kasar dalam kek perisa oren..my family cakap sedap..lagi 1 adik2 aku plak suka kek yang aku masukkan chocolate button van houttens sebab nanti bila dah siap bakar choc button akan cair kat dlm kek 2..walaupun kek dh sejuk coklat 2 tetap melty gk..best woo!!)
  4. masuk dlm acuan cup kertas..(hias la pape patut..ngan ceri ke..manik ke..ikut kreativiti..x hias pon bleh je..janji sedap dimakan..hehe)
  5. bakar dlm oven pd suhu 180 darjah celcius selama 15-20 minit.(jgn lupe panaskn oven dlu ye..hehe)

then lihatlah hasilnye..

Tips:

  • Jangan pukul adunan mentega dan gula terlalu lama..nanti dah elok2 adunan 2 naik dia turun balik plak..
  • Masa campurkan tepung, telur n susu ke dalam adunan mentega+gula tadi sila pastikan anda tidak menggaul adunan sesuka hati je..gunakanlah teknik yang betul.karang kek x naik..wat penat je..huhu
  • Kena pastikan oven betul2 dah panas sebelum masukkan kek yang nak dimasak. Kalau tidak (menurut mak aku la ni) serbuk penaik 2 x effective..hoho..
  • Dan yang paling penting..sila pastikan serbuk penaik yang digunakan 2 belum expired..hahaha..pasal aku dah 2 kali wat kek x menjadi..kek x naik2.

SELAMAT MENCUBA!!

Comments 1 Comment »

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

“Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.”

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. “Tidak”

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.

“Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.’ Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.”

Kemudian Jibrail as berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?”

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. “Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal…”

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh men empuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbangla malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

“Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? “

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan…. .”

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan…

Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iai tu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini.Wallahualam

Comments No Comments »

Hmm..dah lama x menulis kat sini..terlalu terlalu lama. Rasanya macam2 yang dah berlaku..dan macam2 jugak la yang dah aku lalui..hari demi hari.

Alhamdulillah..akhirnya aku berjaya menamatkan pengajian selama 4 tahunku di UNIMAS 2 bulan yang lalu. Hm..sungguh cepat masa berlalu. Seolah-olah baru semalam aku menjejakkan kaki ke bumi Sarawak..mendaftar di kala panas terik matahari yang menyinari bumi Samarahan itu. Sesungguhnya aku bersyukur kerana telah diberi peluang menjejakkan kaki ke bumi Sarawak..dan menjadi anak didik UNIMAS. Aku tidak pernah menyesali keputusan yang telah aku buat 4 tahun yang lalu..Sesungguhnya telah banyak yang aku dapat pelajari..

Walaupun UNIMAS tidak tersenarai dalam pilihanku..tapi aku tidak pernah terfikir untuk beralih arah setelah menjadi warganya. Saat mengetahui keputusan permohonan UPU..macam2 yang bermain di fikiranku..UNIMAS?? Sarawak??? Kenapa?? Banyak2 universiti kat malaysia ni kenapa UNIMAS?? Mak ayah berusaha mempengaruhi aku supaya bertukar universiti..Walaupun hatiku tidak gembira dengan tawaran itu..tapi aku dengan nekadnya, “Mak ayah, nadiah nak terima tawaran ni”. Alasan aku..kan bagus belajar jauh2..barulah orang rindu..haha..Kalau belajar dekat2 rumah je..x thrill la. Akhirnya mak akur..ayah pulak cakap, “Okay, tempah tiket sekarang”.

Itu semua dah menjadi kenangan..memori yang tak akan aku lupakan. Kalau dulu aku sentiasa mencari jawapan kenapa itu takdir yang tertulis buatku..tapi sekarang aku sudah jelas dengan semuanya..Teringat kembali kata2 seorang teman tatkala tazkirah ringkas ketika di matrikulasi melaka, “..andainya satu hari nanti kita tidak berjaya mendapatkan apa yang kita hajati, jangan kecewa. Barangkali apa yang kita hajati tidak sesuai untuk kita..Ingatlah bahawa Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya..”.

Sememangnya Yang Mencipta itu lebih mengetahui apa yang terbaik untuk yang diciptakanNya..renung2kan..

Comments No Comments »

Kisahnya?..

Setiap kita ada malaikat Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita Pada Ilahi Untuk sampaikan amalan kita Ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit Dimana setiap penjaga tol, Kroni malaikat juga

Jika sembahyang di awal waktu Tolnya “free”

Sekatan tol tiada

Tiada “jem”

Malaikat terus sampaikan amalan pada Tuhan Untuk dinilaikan

Tapi Jika sembahyang di akhir waktu

Tol free juga

Tapi sekatannya MasyaAllah?.

Di langit pertama, Penjaga tol marahkan posmen kita

Kenapa lewat poskan amalan kita

Merayu-rayu posmen malaikat kita

Minta diberi laluan

Tetapi?

penjaga langit pertama

Tidak heran

Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi

Maka.. Jatuh berderai?

Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita

Satu persatu dikutip

Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua

Dilangit kedua,

Samalah juga,

Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan

Merayu lagi kawan kita

Tak dipedulinya

Lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi

Jatuh berderai lagi..

Dikutip satu persatu amalan kita

Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan

Dilangit ketiga,

La?.

Kena basuh lagi malaikat posmen kita

Kenapa lewat hantar amalan tersebut

Tiada kompromi

Terus dibaling amalan kita

Jatuh berderai amalan kita

Tak ade nilai?.

Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi

Maka.. Tak sampailah amalan kita kepada Allah

Seolah-olah kita tak sembahyang juga

Maka?

Bersedialah kita menerima pembalasannya

Tak di dunia di akhirat pula

Hilang duit,

Hati risau,

Tender ditolak,

Ujian bertimpa-timpa

Ish?.

Tak berbaloikan kita buat amal

Tapi tak sampai Dahlah tu

Tak de nilai Kena azab lagi nanti

Ya Allah !!! Ampunkan kami ! Kerana lalai ! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang Jadikan hati kami Suka sembahyang di awal waktu. Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan. Biarlah kami gawat di dunia Agar kami tidak gawat lagi Di hari akhirat kelak. Amin.

Comments No Comments »

8 Mei 2007

Ari ni ari pertama aku masuk mengajar…kelas 4 science 2…dan ari ni jgk la aku akan diobserve.. Fuh, tak tido mlm duk menyiapkan lesson plan n prepare.. Student kelas ni pn aku x pnah jmpe..alih2 dh nk kne observe..mantap seh! Mjur la Dr Hong je..mula2 tu Mr Lai (guru pembimbing aku) pn nk observe ari tu gk. Tp dh kensel..sbb Dr Hong dh dtg. Nasib baik! Dr Hong ni aku dh bese..ok la.. Mula2 mengajar tu..kelam kabut gk. Ye la..x bese ngan papan itam. Janggalnye nk tulih atas papan itam tu. My first day ni, mmg gne direct teaching je.. Nasib baik student aku sumenye ok, bagi kerjasama.. Tp ade gk cemasnye..rupe2nye diorg ni lum expert nk expand algebraic expression sedangkan benda tu dh blaja mse lower form lg. Ish3x..mmg x sangka..cmne nk cari eqn of locus kalu benda tu pn masih lum master. nk tak nk terpaksa la aku explain satu2.. Mjur la learning outcomes sumenye tercapai..kalu x, naya.. Kesimpulannya, mmg x leh high expectation sgt..nanti kecewa..

Well, aku sbnrnya mmg bernasib baik coz supervisor aku adalah Dr Hong. Dia mmg understanding abis.. Aku ckp jgk kt dia psl masalah yg timbul mse mengajar tu..n he said mmg x hairan pn..coz skrg ni..walaupun ramai yang dpt A mase PMR tp sbnrnya kualiti tu kurang. Sbb graf skrg dh turun sgt2..rendah je.. Kebenarannya…kita siasat sendiri je la..

Comments 2 Comments »

Tanggal 3 mei 2007..tarikh yang takkan aku lupakan.The first day of my teaching practice.Hari pertama aku memulakan tugasku sebagai insan yang bergelar guru.Walaupun hanya sekadar sebagai guru pelatih, tapi ia sangat bermakna kerana inilah saatnya aku akan mempraktikkan segala yang telah dipelajari sepanjang tiga tahun pengajianku di UNIMAS..tak dapat aku nafikan sememangnya aku sangat2 menantikan detik2 itu…tak sabar rasanya..walaupun perasaanku bercampur-baur..seronok, tapi juga terasa cemas, takut..gementar..bagaimana agaknya suasana di sekolah itu..Sekolah Menengah Kebangsaan Petra Jaya. Hmm, pelbagai cerita telah kudengar mengenai sekolah ini..walaupun cerita2 itu kurang enak didengar, tapi aku tetapkan yakinkan diri..InsyaAllah..segalanya pasti akan berjalan dengan lancar..itulah yang aku doakan..itulah yang aku harapkan=). You can do it Nadiah!

FLASHBACK

2 Mei 2007

Malam sebelum menjelangnya tarikh keramat itu, mata ini amat sukar dilelapkan. Masing2 gelisah…gelisah menanti hari esok. Hmm..subjek ape la yang akan ku ajar nanti..bagaimanakah pelajar2ku..adakah mereka seperti yang aku bayangkan? Berjayakah aku mempraktikkan apa yang telah ku pelajari selama ini..? Aduh, begitu lambat masa berlalu untuk menjelangnya hari esok..Apa lagi ya yang belum dibereskan..?pakaian dah..kasut pn dah…haa, borang lapor diri…

3 Mei 2007

Seawal jam 6.15 pagi, kami (aku, aja n ina) bertolak dari rumah sewa kami. Walaupun perjalanan ke sekolahitu hanya memakan masa beberapa minit shj, tapi terpaksa bertolak awal. Nk elakkan kesesakan lalu lintas..itulah pesan Kak Mas. Kalau 6.30pg baru bertolak dari rumah, alamatnya lewatlah kami..Jalan raya memang agak sibuk, tapi mujur dh tau shortcut, so 15 minit kami dh smp.. Alamak! mane nk parking nih? Ish, bimbang jugak..ye la..kalau kami terambil parking cikgu2 lain..karang ade plak yang pandang lain macam. Hm, masa tu agak lama kami duk menenangkan diri dalam kereta. Hmpir 15 minit! Fuh, berdebar sgt nih… Mane taknye..mmg la dulu selalu ke sekolah..tapi sebagai pelajar. Sekarang ni..kami kembali ke sekolah sebagai seorang guru..begitu berbeza rasanya.

Bila semua dh tenangkan diri, kami pn pergi melapor diri di pejabat sekolah..jumpa GPK..jumpa pengetua..jumpa guru pembimbing..selepas mendengar taklimat ringkas daripada ketiga2nya..kembali jumpa GPK semula..untuk menerima tugas.

“Azreena, kamu akan mengajar maths tingkatan 2…” Hm, arap2 aku dapat lower form jadi la..dh makin berdebar2 bila dengar Ina dpt form 2. “Siti Hajar..maths form 4″. Ish, best jugak ek kalu dapat form 1..itulah yang aku fikir masa tu..tp..bila mendengar.. “Siti Nadiah…add maths form 4″ . “HAA!!?” itulah yang terkeluar dari mulut aku sebaik sahaja mendapat berita yang tak terduga tu.. ADD MATHS?? Ya Allah..rasa cam nk terhenti kejap jantung ni. “Eh, kenapa? Kamu boleh mengajar add maths kn?” tanya Pn.Masta, GPK kami..”Boleh..boleh..xde masalah.saya memang major maths” aku menjawab sambil tersenyum..tapi dalam hati..fuh, kena study gler2 la pasni.. Dulu, add maths aku pn teruk..kt matriks je yang aku dpt bagus.

Hari pertama di sekolah tu..tak banyak yang kami perlu lakukan. Cme perlu jumpa cikgu2 yang ajar subjek yang kami akan take over nanti..Ha, lupe plak..selain add maths, aku kena mengajar Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan…sama dgn Ina. Aja plak kne ajar PJK. Well, bagus gk..dapat jugak pengalaman baru kan..?

Comments 3 Comments »

Aku nk mitak maap byk2 kt sume membe2 silat cekak hanafi unimas..sori…dh 3 kali aku x turun training. kelas kemahiran pn x dpt p..korang lawan futsal ari tu pn aku x dpt tgk gk..huhu..sedih sbnarnye x trun training. rindu sgt!! tapi ape bleh wat.. masa mmg x mengizinkan..dn wori, mlm ni aku pasti turun! Windunye!!

Berlalunya ari selasa..baru la aku lega sket..assignment advanced diff eqn dh anta..research proposal pn dh anta dh. Ari tu memang mendebarkan! Tepat2 kul 4 aku sampai kt opis FSKPM tu..kalu x…naye beb!! Minggu lepas rase dh tension sgt2..byknye keje..ujung minggu langsung x turun kafe..mkn je ape yg ade kt bilik..huhu..megi la..ape lg..nasib baik aku x gastrik..hampir2 dh tu..

Hm, selasa baru2 ni ari yang sungguh kelam kabut..kebetulan plak on that same say i’ve got a presentation for KMP 3043-Pentaksiran Pendidikan. Sampai lewat kt kelas, tu sume gara2 bas yang x muncul2..penat je tunggu..kalu tau, awal2 lg dh jalan. Lagi suku jalan nk smpai ctf2, tayne dh kol dh..”Mane korang ni?? Dr Hong dh masuk dh ni!” Isk3x..mati2..dh le group aku giliran pertama utk present! Masuk je kelas x smpat duduk dh..x sempat nk cool down pn..terus kne present..Dr Hong cm bengang je..mane tak nye..dh le pagi tu kami ponteng kelas dia..Isk3x..gara2 proposal yg blum siap..proposal yg mengsengsarakan hidupku…huhuhu!!Presentation pn agak terabur sket..ape x nye..prepare pn lebih kurang je..x sempat pnye pasal..mujur la cikgu zul ngn ckgu lehin tu kool je..siap ade intro gempak lg..cikgu lehin wt short video..best gk!

Comments No Comments »

Hmm, wat to story eh?? dunno la.. it’s been a while since da last time i membebel kat cni kn..?

i’m waitin for da mid term holiday to come..nanti nk g jalan2! slama 3 tahun aku kt Sarawak lum lg aku g jalan2 kuar dr Kuching..stakat ni paling jauh pn Serikin la kot…shoping kt sne..area sempadan ngan Indon. Cuti tahun baru cina nanti i’m going to Mukah. But my problem now is that i haven’t got my scholarship yet la..aiyoyo..ni susah ati ni..org PTPTN dh dpt dh duit diorg..aku ni yg under KPM masih lg papa kedana..isk, bl la duit nk masuk ni..sengsara!

pastu buka cuti nanti yg paling aku nantikan ialah AGM SCH unimas! x sabar nk letak jawatan nih..hehe..bersara la plak.bg laluan kt junior plak.=)

Comments 2 Comments »